fbpx
Anwar berucap pada Majlis Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara di Dewan Damar Sari, Putrajayaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Anwar ingatkan penjawat awam jangan selesa dengan pencapaian sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penjawat awam supaya sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik mutu perkhidmatan serta tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam perlu ada ‘usaha tambahan’ memperkukuh nilai keikhlasan, tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Kita perlu sentiasa merasa tertekan untuk memperbaiki diri, meningkatkan usaha dan menyempurnakan kerja dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara (SPAPN) 2025 di sini, hari ini.

Katanya, kecemerlangan bukan hanya slogan atau ukuran prestasi semata-mata, tetapi mencerminkan nilai dan amanah yang dipikul setiap individu dalam sistem pentadbiran.

Anwar berkata, pangkat, darjat, anugerah, pingat atau kedudukan tinggi yang disandang belum tentu mencerminkan amanah telah ditunaikan dengan sebaiknya, seikhlasnya dan sebersihnya.

Katanya, setiap idea dan gagasan yang dibawa perlu benar-benar menjurus kepada usaha mengangkat martabat negara serta membela nasib golongan yang tersisih dan terpinggir.

“Itu semua menyentuh soal nilai dan tanggungjawab yang perlu diasuh dalam jiwa bagi membersihkan niat serta memperkukuh integriti,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau menzahirkan rasa syukur atas prestasi ekonomi semasa negara yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Katanya, beliau juga mengingatkan agar kejayaan itu tidak disalahertikan sebagai sesuatu yang mudah dicapai.

“Malaysia bukan negara besar ekonominya, tetapi kita telah mencapai sesuatu yang luar biasa kerana keamanan, kestabilan politik, kerjasama berpasukan antara pimpinan politik dan penjawat awam, serta keberkesanan pelaksanaan dasar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI