PENAMPANG – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bakal bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Menerusi keseluruhan jumlah kerusi ditandingi, 90 peratus adalah muka baharu yang terdiri 30 peratus calon muda.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon yang dipilih sudah melalui proses tapisan menyeluruh termasuklah lima atau kira-kira 15 peratus terdiri calon wanita.
”Walaupun muka baharu, namun masing-masing calon memiliki rekod yang agak baik dan cemerlang sama ada dari segi profesion mereka.
”Sebahagian besar umur masih muda dan mereka semua ialah calon yang betul-betul berkelayakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon PN Sabah hari ini.
Muhyiddin menjelaskan, daripada jumlah itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diagihkan sebanyak 33 kerusi, Pas sebanyak lima, manakala Gerakan (tiga).
Antara kerusi ditandingi termasuklah Banggi, Bengkoka, Tanjung Kapor, Pintasan, Sulaman, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Luyang dan Tanjong Aru.-KOSMO! ONLINE.
PN pertaruh 41 calon, 90 peratus muka baharu
- Oleh IVAN AMIRUL
- 11 November 2025, 6:01 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Anthony Loke dedah punca DAP kalah teruk
12 Julai 2026, 2:46 pm

Pas, Wawasan digesa keluar PN, bersaing sihat PRN Negeri Sembilan
12 Julai 2026, 1:30 am

Belum ada kerusi dimenangi PN, Bersama dan Muda
12 Julai 2026, 12:12 am

Kekalahan dijangka, Pengerusi PN digesa letak jawatan
11 Julai 2026, 11:49 pm

Ketua Bersatu Bukit Bintang, 150 ahli keluar parti
10 Julai 2026, 9:10 pm

‘Saya sudah bersedia, hanya tunggu lampu hijau PN’
10 Julai 2026, 1:37 pm

PRN Johor: Arahan undi calon BN strategi Pas kekang PH menang
4 Julai 2026, 2:29 pm

PRN Johor: Muhyiddin janji transformasi besar Felda
3 Julai 2026, 12:01 pm







