fbpx
Juan Aranols (lapan dari kanan,berdiri belakang) bersama guru dan pelajar yang memenangi Pertandingan Pertandingan Akhir Koko Kraf Club 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan Kelab Koko Kraf 2025 terima penyertaan 12,507 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Terengganu iaitu Ulya Mardhiyyah Ahmad Mustaffa, Tuan Siti Nur Fatihah  Tuan Azham Zamiri dan
Hana Uzma Noramin telah berjaya menjuarai Pertandingan Akhir Kebangsaan Nestlé Kelab
Koko Kraf 2025.

Kumpulan pelajar ini telah menarik perhatian barisan pengadil dengan kolaj penuh imaginasi
menggambarkan pengembaraan mereka ke sebuah bandar di bawah laut, namun
masih mengekalkan kehijauan bumi.

Imej bumi dan buku yang melambangkan ilmu menjadi simbol bahawa ilmu adalah penentu segalanya.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, wakil kumpulan pelajar tersebut menyatakan keseronokan mereka menyertai Kelab Koko Kraf tersebut.

“Kami mahu kolaj kami memaparkan Malaysia yang kami impikan. Pertandingan ini mengajar kami bahawa semua idea perlu dihargai dan apabila kami berkongsi dan mendengar, kami boleh
mencipta sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Guru daripada sekolah pasukan juara, Fazita Mohammad pula menambah, pihaknya berasa
amat berbangga dengan pencapaian murid-murid tersebut sepanjang perjalanan
menyertai acara itu.

“Pertandingan Kelab Koko Kraf merupakan pengalaman yang amat bermakna bagi mereka, daripada membuat persiapan di sekolah kepada peluang mewakili negeri untuk Pertandingan Akhir Kebangsaan.

“Kami gembira untuk melihat nilai-nilai positif yang dipelajari mereka dan keterujaan mereka berkongsi harapan dan impian mereka untuk negara,” jelasnya dalam kenyataan.

Pertandingan Akhir Kebangsaan Nestlé Kelab Koko Kraf 2025 bertemakan Demi Masa Depan Negaraku telah memasuki tahun kedua dan menerima penyertaan daripada 12,507 murid daripada 149 daerah dan 925 sekolah, peningkatan ketara daripada 3,633 murid yang mengambil bahagian pada tahun pertama pada 2024.

Pertandingan Akhir tahun ini menghimpunkan 15 pasukan yang mewakili negeri
masing-masing yang dibahagikan kepada lima zon iaitu tengah, utara, selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur/ Borneo.

Setiap pasukan dianggotai oleh tiga murid berumur 10 hingga 12 tahun, yang mana mereka perlu mencipta kolaj yang melambangkan harapan mereka demi masa depan Malaysia.

Menggunakan warna-warna terang menawan dan bahan boleh kitar semula seperti kotak bijirin, fabrik, benang yarn dan majalah lama, murid-murid menampilkan idea seperti komuniti lebih hijau dan sains dan teknologi masa depan.

Mengulas mengenai projek tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols memaklumkan, melalui program syarikat bersama Kementerian Pendidikan, Nestlé Koko Krunch bukan sekadar menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kanak-kanak, malah turut
berperanan dalam memberi inspirasi untuk menonjolkan daya kreativiti serta
imaginasi melalui seni.

“Melalui kerjasama ini, kami berasa amat berbesar hati dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan generasi muda  yang bakal mencipta masa depan lebih cerah untuk masyarakat mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu,  Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Breakfast Cereals Malaysia, Philip Joe
berkata, sambutan daripada murid-murid sekolah rendah di seluruh Malaysia sangat menggalakkan dengan jumlah penyertaan tahun ini meningkat hampir tiga kali ganda.

“Tahniah kepada semua finalis. Hasil seni mereka benar-benar mengagumkan, menggambarkan harapan mereka terhadap masa depan Malaysia dan menjadi sumber inspirasi buat kita semua,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI