fbpx
PENDUDUK menunjukkan lokasi bahan kimia dibuang di Taman Tronoh Baru di Tronoh semalam. - Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

Lembu mati disyaki termakan rumput tercemar disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU GAJAH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengambil beberapa sampel daripada sisa buangan lembu ternakan yang dilaporkan mati, dipercayai akibat termakan rumput yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya di Taman Tronoh Baru di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, sampel berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

“Sepasukan pegawai telah dihantar ke lokasi kejadian pagi tadi selepas menerima aduan berhubung insiden tersebut petang semalam.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian beberapa ekor lembu, termasuk melalui analisis sampel sisa buangan ternakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan terperinci akan dilakukan dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan wujud pembuangan sisa kimia dari kilang berhampiran ke kawasan padang ragut yang menyebabkan pencemaran rumput.

“Kita sedang meneliti semua kemungkinan yang boleh menjadi punca kejadian,” katanya.

Menerusi laporan media semalam, seorang penternak kerugian kira-kira RM50,000 apabila 17 ekor lembu ternakannya mati dipercayai akibat termakan rumput yang telah tercemar dengan bahan kimia berbahaya.

Menurut R. Nithiananthan, 38, kejadian itu disedari selepas lembu ternakannya rebah dan mati secara berperingkat antara 5 hingga 8 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN