fbpx
Gambar hiasan. - JANAAN AI

Lebih sejuta kanak-kanak Malaysia terjebak permainan Roblox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggesa Roblox Corporation meningkatkan perlindungan keselamatan kepada pengguna muda di platform permainan dalam talian tersebut susulan kebimbangan terhadap insiden melibatkan kanak-kanak dan remaja akhir-akhir ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat itu pada 28 Oktober lalu bagi membincangkan situasi penyertaan belia Malaysia dalam permainan atas talian di platform Roblox.

Menurut Hannah, Roblox memaklumkan mereka kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk lebih satu juta pengguna di Malaysia.

“Dengan jumlah penyertaan yang besar ini, tanggungjawab untuk melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hannah berkata, beliau menyuarakan kebimbangan kerajaan mengenai isu risiko pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, interaksi tanpa kawalan serta aktiviti dalam talian yang boleh memberi kesan kepada pembentukan nilai dan emosi pelajar.

Susulan itu, Roblox memberikan jaminan akan meningkatkan ciri keselamatan melalui gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia.

Syarikat itu juga bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia, termasuk dalam aspek perkongsian data, pemantauan aktiviti dalam platform dan mematuhi peraturan yang ditetapkan negara.

“Kita mahu dunia digital yang menyeronokkan, tetapi dalam masa yang sama membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN