fbpx
Johari (lima dari kanan) selepas merasmikan Ekpo Kayu Malaysia (MWE) 2025, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

Industri kayu kekal berdaya saing meski berdepan tarif AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Industri kayu dan perabot negara kekal berdaya saing di peringkat global meskipun berdepan cabaran baharu seperti kadar tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan Malaysia.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keputusan AS mengenakan tarif adalah hak tersendiri dan Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut.

“Kalau mereka nak bagi tarif pun, kita tiada pilihan. Itu hak mereka. Negara-negara ASEAN lain pun turut terkesan, jadi kita semua berada pada tahap persaingan yang sama.

“Kalau kita kena 19 peratus, kebanyakan mereka pun kena kadar yang sama. Jadi kita ‘fight’ lah, yang penting kita kekalkan daya saing industri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekpo Kayu Malaysia (MWE) 2025, di sini hari ini.

Johari menambah, walaupun berdepan tekanan kos akibat tarif karbon, Malaysia masih mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengekalkan kedudukan sebagai antara pengeksport utama produk kayu di rantau ini.

“Dalam industri ini, yang pertama kita mesti ada kreativiti dari segi rekaan dan inovasi produk kayu tempatan.

“Yang kedua, ‘craftsmanship’ atau mutu kerja tangan kita mesti tinggi. Dan yang ketiga, kita mesti mengamalkan kelestarian (sustainability) dalam setiap elemen produk yang kita hasilkan.

“Kalau tiga perkara ini kita pegang, itu formula kejayaan kita untuk terus menembusi pasaran luar negara,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN