fbpx
Gambar hiasan.

Gelang, rantai pekerja disamun dalam butik tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang pekerja sebuah butik tudung berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa samun sehingga kerugian RM15,000 di Jerteh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.50 petang itu, seutas gelang tangan dan rantai leher milik wanita berusia 20 tahun tersebut telah dilarikan penjenayah terbabit.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad berkata, sewaktu kejadian, premis butik tudung tersebut tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

“Lelaki yang memakai topi keledar berwarna biru dan jaket coklat gelap tersebut telah merentap gelang tangan dan rantai dipakai mangsa.

“Tindakan itu membuatkan mangsa mengalami calar pada bahagian tangan dan leher,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, gerakan untuk mengesan suspek sedang giat dilakukan dan siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN