SEJAK kebelakangan ini, memang banyak kisah kemelut rumah tangga dan peribadi beberapa individu menjadi bualan hangat dalam media sosial. Ada yang turunkam komen macam tidur sebantal dengan empunya badan, kadang-kadang rasa semak dengan perangai terpaling tahu segelintir individu.
Dalam pada Diva rasa menyampah, tiba-tiba muncul perkongsian penyanyi juga aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana yang seperti ‘kena’ dengan situasi. Kata Zizi, didik diri dan jangan berlebih-lebihan dalam membuat kesimpulan tentang kehidupan orang lain.
“Ajar diri untuk tak terlibat dengan urusan peribadi orang lain. Ajar diri untuk tidak berlebihan dalam menilai kehidupan orang lain dan memilih diam dari berbicara perkara yang sia-sia,” katanya.
Bagi Diva, pesanan Zizi sangat ringkas tetapi padat dengan makna selain sesuai ditujukan kepada manusia yang suka menyibuk hal orang lain. Jadi, jangan lupa didik diri supaya tidak campur tangan atau komen terlalu banyak tentang orang lain, risau nanti makan diri semula.
Diva sendiri tak sabar nak pencen daripada membebel, penatlah.
DIVA: Sejak bertudung, makin cantik pula Umairah!














