fbpx
BELUM bertanding, Nubhan sudah seperti kalah undi daripada peminat GV12.

Ramai pakat nak undi Nubhan keluar GV12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANGAT dengan kes perceraian disusuli pula permohonan hak penjagaan anak walaupun belum disahkan berpisah, membuatkan netizen tak senang duduk untuk tengok Nubhan beraksi dalam Gegar Vaganza 12 (GV12).

Hakikatnya ketika minggu pertama, laman sosial panas memperkatakan mengenai tindakan penyanyi juga usahawan makanan itu terhadap isterinya, Dr. Afifah.

Rata-rata membangkitkan topik cara untuk menyingkirkan Nubhan lebih awal daripada pertandingan, termasuk bertanyakan adakah ada format, undi keluar.

Namun ada juga yang mempertahankan Nubhan dengan mendakwa hal peribadi tiada kaitan dengan penyertaannya dalam pertandingan realiti itu.

Nak buat macam mana. Netizen memang sarat hati dan perasaan. Memang kasihan kepada isteri yang diceraikan, kebetulan pula isu rumah tangganya berlaku ketika GV12 berlangsung. Diva pun pening, apa pun Nubhan kena buktikan bahawa dia layak terus bertanding dalam GV, caranya adalah berikan persembahan cemerlang dan pikat hati juri. Itu saja!

DIVA: Lagi kisah pasangan selebriti, anak dijadikan isteri, mentua dibuat musuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN