fbpx
Tangkap layar video menunjukkan waris pelajar itu memarahi seorang guru lelaki di sekolah. - TikTok

Waris ‘serang’ guru selepas anak ditampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana memarahi seorang guru yang menampar anak lelaki mereka atas kesalahan ponteng dan memanjat pagar sekolah, lapor laman berita Kompas. 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 2 Subang, wilayah Jawa Barat baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @metropolitan.id menunjukkan bapa kepada pelajar terbabit menengking dan memarahi seorang guru lelaki. 

Situasi itu didakwa tercetus apabila guru berkenaan menampar anak mereka di hadapan pelajar lain. 

Pihak sekolah tampil menjelaskan bahawa pelajar itu melanggar peraturan sekolah, selain telah diberi amaran beberapa kali. 

Rakaman video itu mencatatkan lebih 13.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Anak yang bermasalah, guru pula kena marah,” kata seorang netizen. 

“Kalau manja, jangan jadi nakal,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN