KAJANG – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Nasiruddin Mohd. Ali dan 21 lagi individu mengaku salah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Kesemua tertuduh membuat pengakuan salah itu selepas pertuduhan baharu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.
Selain Nasiruddin, tertuduh lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 33, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd. Fazil Md Jasin, 58, Mohd. Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.
Manakala aembilan lagi tertuduh wanita ialah CEO GISBH, Azura Md Yusof, 58, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly ,45, Mahani Kasim, 55, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, Nur Jannah Omar, 33, Siti Salmiah Ismail, 58 dan Hamimah Yakub, 73,.
Pada prosiding lalu, mahkamah diberitahu, representasi yang dikemukakan Nasiruddin dan 21 lagi individu berhubung pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).
Perkara itu dimaklumkan pihak pendakwaan pada sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE














