fbpx
Gambar hiasan

Bekas Timbalan Pengarah ‘makan suap’ duit kontraktor ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang bekas Timbalan Pengarah sebuah jabatan kerajaan selepas disyaki menerima wang rasuah bernilai RM35,000 daripada seorang kontraktor, pagi tadi.

Menurut sumber, penahanan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dilakukan ketika individu berkenaan hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Difahamkan, wang rasuah yang disyaki diterima suspek terbabit sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatan tempatnya bekerja.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 dan
suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan juga secara tunai,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek sudahpun dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas ditahan selama tempoh 24 jam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI