fbpx
Penduduk berjalan melepasi tiang lampu yang tumbang akibat angin kencang menjelang ketibaan Taufan Kalmaegi di Gia Lai semalam. - AFP

5 maut Taufan Kalmaegi hentam Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Taufan Kalmaegi membadai Vietnam awal hari ini, meragut lima lagi nyawa selepas ia menghentam Filipina dengan teruk ketika jumlah kematian meningkat kepada 188 orang.

Kalmaegi telah menyebabkan hujan dan banjir dengan rekod terburuk di tengah Filipina minggu ini, menghanyutkan kereta, trak dan kontena perkapalan sebelum melanda Vietnam lewat semalam.

“Bumbung (tingkat dua) rumah saya diterbangkan angin,” kata Nguyen Van Tam yang tinggal di wilayah Gia Lai, di mana ribut melanda daratan dengan angin berkelajuan sehingga 149 kilometer sejam.

Pihak berkuasa Vietnam menilai kerosakan pagi ini tetapi Kementerian Alam Sekitar melaporkan lima orang maut, manakala 57 buah rumah runtuh di Gia Lai dan kawasan jirannya, Dak Lak.

Tambahnya, hampir 3,000 lagi bumbung rumah diterbangkan angin atau rosak, manakala 11 bot atau kapal karam.

Di jalan-jalan di sepanjang pantai Quy Nhon di Gia Lai, wartawan AFP melihat pekerja penyelamat dan askar bekerjasama dengan penduduk untuk membersihkan pokok-pokok yang tumbang, membuang serpihan serta mengumpul bumbung logam yang diterbangkan angin pada waktu malam. 

“Ini merupakan taufan sangat kuat yang melanda kami,” kata Tran Ngo An, 64, kepada AFP.

“Ia merupakan kali kedua saya menyaksikan taufan sebegini. Taufan yang satu lagi berlaku kira-kira 10 tahun lalu tetapi tidaklah sekuat ini,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI