fbpx
DANISH bersemangat tinggi untuk memberikan tunggangan terbaik di Litar Antarabangsa Algarve hujung minggu ini. - ZK RACING

Hakim Danish intai kejutan di Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli tampak sudah bersedia bagi menggalas tanggungjawab bersama MSi Racing dalam saingan Moto3 menjelang Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algarve hujung minggu ini.

Meskipun tampil sebagai pelumba gantian, namun anak muda dari Kuala Terengganu itu sedia untuk memberikan segala-galanya kerana menjadi platform merasai suasana sebenar sebelum beraksi Moto3 sepenuh masa musim depan.

Danish berkata, dia mahu menjadikan perlumbaan di Portugal itu sebagai penebus duka selepas menamatkan dua perlumbaan JuniorGP di Litar Catalunya, Barcelona di tempat kesembilan.

“Selesai untuk perlumbaan pusingan keenam JuniorGP tetapi dalam perlumbaan 1, saya kurang agresif ketika memintas pelumba lain. Keadaan itu berbeza dalam perlumbaan 2.

“Bagaimanapun, saya akan terus berusaha dan memberikan yang terbaik menjelang perlumbaan Moto3 di Algarve, Portugal hujung minggu ini.

“Saya berterima kasih kepada MSi Racing kerana mempercayai saya dengan peluang ini untuk menggantikan Ryusei Yamanaka. Ini adalah satu langkah luar biasa dan saya fokus untuk belajar sebanyak mungkin sambil berikan prestasi terbaik di litar,” katanya.

Terdahulu, pelumba berusia 18 tahun itu mendapat peluang merasai pengalaman beraksi di Moto3 selepas diberikan tiket wildcard pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berpuas hati dengan prestasi Danish di Catalunya selain mengharapkan anak buahnya dapat mengekalkan prestasi menjelang GP Portugal nanti.

“Ini akan menjadi bulan yang sangat sibuk bagi Danish dengan empat hujung minggu berlumba berturut-turut. Saya harap Danish kekal sihat sepanjang tempoh ini dan terus kompetitif dalam Moto3 dan JuniorGP,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI