fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat pemandu kereta yang terlibat nahas dengan lori simen di Gerik hari ini.

Lelaki maut kereta bertembung lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat nahas dengan sebuah lori muatan simen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menghala ke Tasik Banding di sini hari ini.

Mangsa, Anuar Ahmad, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 3.10 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipercayai bertembung dengan sebuah lori muatan simen. Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa yang tidak tersepit itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN