fbpx
Sebahagian warga Indonesia yang ditahan dalam Op Litar dilaksanakan JPN sekitar Klang semalam.

MyKad palsu RM100 jadi ‘tiket’ warga asing cari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Helah sekumpulan warga asing menipu identiti dengan membeli MyKad palsu serendah RM100 bagi mendapatkan pekerjaan akhirnya terbongkar apabila 32 individu ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di sini, semalam.

Serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 3 petang itu dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya bersama JPN Selangor dan Jabatan Imigresen Selangor menerusi Op Litar.

Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Salmi Kiprawi berkata, seramai 20 wanita dan 12 lelaki Indonesia yang ditahan itu berusia 21 hingga 41 tahun.

“Siasatan mendapati mereka memperoleh MyKad dipercayai palsu melalui ejen pencari kerja dengan harga RM100 hingga RM500. Dokumen itu termasuk milik individu lain yang digunakan bagi mendapatkan pekerjaan termasuk di kilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penyalahgunaan kad pengenalan palsu merupakan kesalahan serius yang bukan sahaja menjejaskan kepentingan awam, malah mengancam keselamatan negara.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPN dalam menangani isu penyalahgunaan kad pengenalan dalam kalangan warga asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI