fbpx
Namewee

Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee direman bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pemuzik sensasi, Wee Meng Chee atau Namewee akan direman pagi ini bagi membantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan pada bulan lalu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini.

“Untuk makluman Namewee akan direman pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Namewee, 42, menegaskan dia tidak melarikan diri, bahkan telah tampil ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan kes kematian pempengaruh Taiwan.

Menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi, Namewee, 42, memaklumkan bahawa dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru dan segera bertemu pihak polis bagi membuat laporan serta melapor diri.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis tidak menolak kemungkinan akan menahan Namewee susulan kes kematian seorang wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Sebelum ini, Hsieh Yu-hsin, 31, dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu ketika sedang menjalankan penggambaran bersama Namewee.

Namewee dikatakan cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghubungi ambulans sekitar pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN