fbpx
Tangkap layar memaparkan tiga ekor lembu yang berada di kawasan tersebut.

[VIDEO] Kejap kiri kejap kanan, kepala ‘masuk’ tong hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seekor lembu yang cuba mengeluarkan kepalanya yang tersangkut di dalam tong berwarna hitam mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @alunazaworks, lembu berkenaan dilihat bergelut sambil menghempas badannya ke tanah dalam usaha mengeluarkan kepala daripada tong tersebut.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, dua ekor lagi lembu kelihatan berdiri berhampiran seolah memerhati keadaan tersebut sebelum berlari ke dalam semak.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur melihat aksi spontan haiwan berkenaan.

“Dia punya hempas badan tu macam tengok WWE,” komen Sushi.

“Sepatutnya yang tukang rakam tu tolong,” kata Cik Eyna.

“Tengok gaya lembu lagi dua yang lari tu macam ayah dengan anak malas melayan ibu yang buat salah tapi selalu nak salahkan orang lain,” komen Hanif Sodian. – KOSMO! ONLINE

@alunazaworks nok tulong, pah ye lari. kok mung ar#vibes2025 #terengganu #lembu ♬ original sound – alunazaworks

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI