KARYA berjudul Babah arahan sutradara Mohd. Shah Faizul diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini. Kemenangan tersebut memang selayaknya milik Babah yang barangkali tidak begitu unggul dari sudut komersial sewaktu ditayangkan di pawagam Disember 2024, namun berhasil luar biasa pada acara berprestij yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur. Selain Filem Terbaik, Babah turut mencipta kemanisan berganda apabila dua pelakon utamanya iaitu Qi Razali dan Sweet Qismina masing-masing dinamakan Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Babah……














