fbpx
JASNI ketika menunjukkan warna air di Ulu Sungai Johor di sini yang masih kekal berwarna putih susu meskipun telah memasuki hari ketiga sejak kejadian kolam cucian lombong pasir pecah berlaku Jumaat lalu. Foto oleh MASTURAH SURADI/KOSMO!

Pencemaran Sungai Johor: JAS, PTG dan SPAN ambil tindakan perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan perundangan akan dikenakan ke atas syarikat yang menyebabkan pencemaran di hulu Sungai Johor.

JAS menerusi kenyataan berkata, tindakan akan dilakukan di bawah peruntukan Enakmen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang berkenaan.

“Keputusan dibuat hasil mesyuarat antara JAS Johor bersama PTG dan SPAN. Berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, JAS mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan pelepasan bahan pencemar tanpa kebenaran,” kata kenyataan itu, hari ini.

Bagaimanapun menuntut kenyataan itu, JAS mendapati aktiviti pengambilan pasir di hulu Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor tidak tertakluk kepada penilaian penilaian kesan alam sekitar (EIA).

“Ini kerana aktiviti itu melibatkan kawasan kurang daripada 20 hektar,” ujar kenyataan sama.

Menurut JAS, siasatan pada pukul 11.00 pagi Jumaat lalu mendapati, pencemaran berpunca daripada kerosakan pada benteng ‘silt pond’ di kawasan perlombongan pasir.

“Kerosakan benteng tersebut katanya, telah menyebabkan aliran air berlumpur mengalir secara graviti ke alur air berhampiran dan seterusnya memasuki Sungai Johor.

“Pihak syarikat telah mengambil tindakan awal dengan menambak semula benteng yang pecah serta menaikkan paras benteng ‘silt pond’ bagi menghentikan aliran air berlumpur daripada terus memasuki sungai,” ujar kenyataan sama.

Tambah JAS, pemantauan susulan akan diteruskan di lokasi kejadian bagi memastikan semua tindakan penambahbaikan yang diarahkan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak syarikat.

“JAS turut akan memastikan tiada lagi aliran air berlumpur atau bahan pencemar memasuki sistem sungai berhampiran selepas kerja-kerja pembaikan selesai,” tambahnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, warna air di hulu Sungai Johor masih kekal berwarna putih susu meskipun telah memasuki hari ketiga sejak kejadian kolam cucian lombong pasir pecah berlaku sehingga menjadi punca pencemaran di sepanjang Sungai Johor.

Pengerusi Jaringan Perikanan Masyarakat Orang Asli Parlimen Tenggara, Jasni Amat berkata, walaupun air sungai tersebut telah pulih sekalipun, proses pemulihan sungai dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI