fbpx
PUAN menunjukkan cara pembuatan bedak sejuk secara tradisional ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Timbul, Tunjang dekat Jitra semalam.

Bedak sejuk Puan Saad ‘terbang’ ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Siapa sangka bedak sejuk yang dihasilkan secara tradisional oleh seorang wanita warga emas dari Kampung Pulau Timbul, Tunjang di sini bukan sahaja digemari penduduk setempat, malah mendapat sambutan hingga ke Jepun.

Menurut Puan Saad, 80, dia meng­hasilkan bedak sejuk itu ketika usia belasan tahun dan ma­sih menerima tempahan sehingga kini.

“Sejak remaja saya buat bedak sejuk. Dulu saya bersama arwah ibu menjual produk ini kepada penduduk kampung.

“Selain itu, ada pelanggan sang­gup tempah untuk diba­wa pulang ke Jepun. Mungkin me­reka mahu bedak sejuk kam­pung berbanding yang diha­silkan secara komersial di luar sana,” katanya ketika ditemui di ru­mahnya semalam.

Menurut Puan, dia mewarisi kemahiran membuat bedak se­juk daripada arwah ibunya. Produk itu digunakan untuk menyejukkan badan selain membantu me­reka yang mempunyai masalah ku­lit seperti kayap.

Katanya, penghasilan bedak se­juk tanpa bahan pengawet atau wangian memerlukan kesabaran dan ketelitian bagi men­jamin kualiti.

Bahan asas yang digunakan ialah beras yang direndam selama setahun dengan airnya di­tukar setiap dua hari bagi menda­patkan tekstur yang halus.

“Bila cukup setahun, beras yang lembik dan hancur itu akan ditapis dan diramas menjadi se­perti bancuhan tepung. Ia berbau sedikit masam. Bahan itu dimasukkan ke dalam corong dan dititis atas kain.

“Setelah proses selesai, saya akan tunggu kering sebelum dikumpulkan dalam bekas dan di­tabur hirisan daun pandan wangi serta bunga seperti mawar, melur, cempaka dan kerak nasi,” katanya yang memberitahu ia dijual RM3 untuk bekas kecil.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datuk Muha­mad Mahazi Ibrahim berkata, pi­haknya bersedia membantu pen­­duduk dalam mengangkat pro­­duk termasuk berasaskan wa­­risan tempatan ke peringkat le­bih tinggi.

“Kita memuji usaha Puan. Ini membuktikan warisan lama ma­sih mempunyai nilai dan keunikan tersendiri,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI