fbpx
Tangkap layar hantaran pengguna Threads, memaparkan mesej ibu pelajar serta surat ugutan yang dijumpai di kelas.

Ibu risau anak umur 9 tahun jumpa surat ugutan dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila anaknya yang berusia sembilan tahun menunjukkan sekeping surat berbaur ugutan yang dijumpai dalam tong sampah di kelasnya.

Wanita itu yang berkongsi mengenai surat tersebut di media sosial meluahkan rasa bimbang dengan situasi berkenaan sebelum meminta guru dan ibu bapa memantau anak masing-masing.

“Kanak-kanak umur 9 tahun tidak patut berfikiran dan menulis ugutan seperti ini. Zaman sekarang macam-macam perkara boleh terjadi sekiranya tiada pencegahan awal,” katanya.

Pendedahan wanita itu turut dikongsi seorang pengguna di Threads yang mahu perhatian serius diberikan terhadap kesihatan mental kanak-kanak.

“Kesihatan mental perlu diberikan perhatian kepada semua pelajar bagi membantu mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan dan bimbingan kaunseling.

“Bagi seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk mempunyai pemikiran sebegini, ia mungkin petunjuk mereka memerlukan bantuan atau menggambarkan apa yang sedang mereka lalui,” katanya di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai pengguna media sosial bimbang dengan kesihatan mental kanak-kanak yang dianggap berisiko meningkatkan kes jenayah di negara ini.

“Kawan anak saya darjah empat mengadu rakan sekelas mahu menolaknya kerana sakit hati,” kata @Grungegazer6

“Di sekolah memang ada ujian psikometrik, tapi pihak kaunseling kena ambil tindakan sewajarnya sekiranya ada simptom,” balas @Hananizz –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI