fbpx
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun berdepan aksi sukar sebelum mara ke suku akhir Terbuka Hylo. - AFP

Terbuka Hylo: Wei Chong-Kai Wun kerja keras ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dipaksa bermandi peluh sebelum mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman.

Pada aksi pusingan kedua di Saarlandhalle, Saarbrucken sebentar tadi, pasangan No. 5 dunia itu menang 21-9, 17-21, 22-20 ke atas Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Wei Chong-Kai Wun mempamerkan aksi cukup baik apabila menang mudah di set pertama sebelum tumbang di set seterusnya.

Memasuki set penentuan, kedua-dua beregu saling bertukar servis sehingga membuatkan perlawanan menjadi lebih menarik dengan jurang mata cukup kecil.

Bagaimanapun, tuah nyata memihak kepada Wei Chong-Kai Wun apabila berjaya memastikan kemenangan dalam tempoh 52 minit untuk mara ke suku akhir.

Menjelang suku akhir esok, mereka akan bertemu satu lagi gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menewaskan beregu Jerman, Bjarne Geiss-Jones Ralfy Jansen.

Turut melangkah ke suku akhir adalah beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang menewaskan pasangan Taiwan, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun 9-21, 23-21, 24-22.

Mereka akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Kanada, Catherine Choi-Crystal Lai dan Bengisu Ercetin-Nazlican Inci dari Turki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI