fbpx
Norzamri (kiri) berjaya membida semua aset Datuk Seri Vida yang dilelong di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Norzamri miliki semua aset Datuk Seri Vida yang dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiga kenderaan mewah dan 727 barangan peribadi milik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berjaya dibida seorang lelaki pada harga keseluruhan RM1 juta.

Proses lelongan yang berlangsung di kediaman Vida di Meru Heights itu bermula sekitar pukul 10.30 pagi melibatkan dua pembida.

Bagaimanapun, lelongan berkenaan berakhir dengan seorang pembida berjaya memperoleh kesemua barangan yang disenaraikan dalam Notis Pengisytiharan Jualan Lelong selepas seorang pembida menarik diri.

Barangan itu dibida ahli perniagaan, Norzamri Abdullah dan diisytiharkan pelelong berlesen, S. Punithawathi pada pukul 1.40 petang.

Antara kenderaan mewah yang dilelong ialah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7, selain pelbagai barangan peribadi seperti piano, gitar elektrik, set sofa, set meja makan, pasu bunga, televisyen, penghawa dingin, katil urut, karpet, teleskop, meja solek, langsir, set karaoke dan jam berdiri.

Sementara itu, peguam kepada pihak penuntut, Samir Zainal mengesahkan seorang pembida menarik diri selepas harga tawarannya tidak menepati syarat mahkamah yang menetapkan bidaan minimum RM1 juta.

Menurut beliau, pembida yang berjaya perlu melengkapkan proses pembayaran kepada pihak mahkamah sebelum pukul 4.30 petang hari ini.

“Saya difahamkan barangan yang berjaya dibida ini tidak akan dikeluarkan hari ini, hanya bayaran dibuat kepada mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI