fbpx
KENDERAAN melintasi papan iklan kempen pilihan raya umum di Yangon kelmarin. – AFP 

Junta undang media asing buat liputan pilihan raya Myanmar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAYPYIDAW – Media antarabangsa akan dibenarkan membuat liputan pilihan raya umum akan datang di Myanmar, kata pihak berkuasa pilihan raya hari ini yang merupakan jemputan kepada akhbar asing untuk meneliti proses demokrasi yang sangat dipertikaikan itu.

Junta tentera mengiklankan pilihan raya umum bermula pada 28 Disember ini sebagai jalan menuju keamanan, namun proses pengundian dijangka diboikot di kawasan-kawasan dikuasai pemberontak.

Kumpulan-kumpulan pemantau menolak pilihan raya itu sebagai helah untuk mewajarkan  pemerintahan tentera berterusan di Myanmar.

“Media tempatan dan antarabangsa akan dibenarkan untuk membuat liputan’ pilihan raya kali ini yang akan berlangsung  berperingkat selama beberapa minggu,” kata Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya dikendalikan junta dalam satu kenyataan.

Menurut akhbar Junta, The Global New Light of Myanmar, jabatan penerangan akan meneliti dan mengesahkan organisasi media antarabangsa yang layak untuk membuat liputan.

Tidak jelas bagaimana proses saringan akan dilakukan atau media mana yang akan diluluskan untuk akses ke Myanmar  yang sebahagian besarnya terputus hubungan dengan dunia luar susulan rampasan kuasa tentera.

Landskap media Myanmar berkembang pesat semasa tempoh sedekad peralihan demokrasinya, dengan kemunculan saluran media domestik baharu dan wartawan asing bergegas masuk.

Sejak tentera mengambil alih semula kuasa, banyak saluran itu ditutup dengan mereka berpindah ke kawasan dikuasai pemberontak atau beroperasi dalam buangan di negara jiran, Thailand.

Myanmar menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara yang memenjarakan paling ramai wartawan pada 2024, demikian menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan.

Sumber diplomatik pula memberitahu AFP bahawa ASEAN tidak akan menghantar pemerhatinya untuk pilihan raya pada Disember ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI