fbpx
Gambar hiasan

Hari Raya Aidiladha pun sambut masa cuti sekolah seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha tahun hadapan ketika cuti sekolah pertengahan tahun, sekali gus memberi peluang lebih ramai rakyat pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga.

Berdasarkan Kalendar Akademik 2026 Kementerian Pendidikan (KPM), cuti pertengahan tahun bagi sesi persekolahan dijadual bermula pada 22 Mei hingga 6 Jun bagi kumpulan A (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor) dan 23 Mei hingga 7 Jun bagi kumpulan B (negeri-negeri lain).

Sementara itu, tarikh Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah dijangka jatuh pada 27 Mei 2025 (Rabu), iaitu dalam tempoh cuti sekolah tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan ketika cuti sekolah penggal pertama 2026.

Menurut Kalendar Akademik 2026 KPM, Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 21 dan 22 Mac 2026, iaitu dalam tempoh cuti penggal pertama bagi kedua-dua Kumpulan A dan B yang bermula antara 20 hingga 29 Mac.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI