Isu rotan di sekolah kini kembali menjadi topik hangat dalam kalangan ibu bapa serta para pendidik. Setiap kali muncul kes-kes disiplin berat melibatkan pelajar pasti ada suara yang berkata, “Patutnya rotan dibenarkan semula.” Bagi sesetengah orang, rotan dianggap ubat mujarab untuk memulihkan disiplin yang semakin longgar. Kesalahan pelajar pada masa kini pula bukan setakat melawan guru, menghisap rokok atau ponteng sekolah, malah lebih serius termasuk mengambil dadah, merogol dan terkini ada yang terlibat dengan kes bunuh. Ironinya, semua kes tersebut……














