fbpx
Shahidan (kanan) bersama Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Pengerusi PN Pahang berkuat kuasa hari ini. Foto FB SHAHIDAN KASSIM

Shahidan seru perpaduan hadapi PRU-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – “Antara amanah utama saya ialah memastikan Perikatan Nasional (PN) terus menerajui kepimpinan di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).”

Demikian kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, selepas dilantik sebagai Pengerusi PN Perlis yang baharu.

“Tanggungjawab itu amat besar, bukan sahaja di dunia, malah akan dipersoalkan di akhirat kelak. “Saya menyeru semua pihak di Perlis agar bersama-sama membantu dan menyokong saya dalam menggalas tanggungjawab ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahidan, beliau mahu semua pimpinan dan ahli parti kembali ke meja rundingan kerana perbezaan pendapat yang tidak diurus dengan baik hanya akan membawa kepada perpecahan dan kekalahan.

“Sehingga kini, perpaduan di Perlis masih mantap dan saya berterima kasih kepada Menteri Besar Perlis yang telah memimpin PN dengan baik.

“Bersama kita perkukuh perpaduan, pertahan perjuangan dan pastikan PN terus menjadi pilihan rakyat Perlis,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, digugurkan daripada jawatan Pengerusi PN negeri dan tempatnya digantikan oleh Ahli Parlimen Arau itu berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shukri menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan tahniah kepada Shahidan atas pelantikan tersebut dan berharap beliau terus memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI