fbpx
Bayi perempuan ditemui keadaan tidak berpakaian dan bertali pusat serta uri yang masih berdarah.

Bayi perempuan masih hidup ditemui di luar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui di luar sebuah rumah di Jalan USJ 9/5K, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi berkenaan kira-kira pukul 10.27 pagi.

“Siasatan awal mendapati bayi perempuan cukup sifat itu dijumpai di dalam sebuah beg berwarna biru bertulisan ‘Mydin’ dalam keadaan tidak berpakaian dan bertali pusat serta uri yang masih berdarah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, bayi seberat 2.6 kilogram dan sepanjang 43 sentimeter itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat serta stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Vanitha T. Balakrishnan di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI