fbpx
Anthony Albanese.

Australia jamin sokong ASEAN tangani konflik, ancaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Australia memberi jaminan untuk terus menjadi rakan teguh ASEAN dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, ASEAN menghimpunkan aspirasi untuk menangani cabaran bersama.

Menurutnya, forum ini memberi ruang kepada kita untuk bekerjasama membina serta mengekalkan sebuah rantau yang aman, stabil dan makmur untuk semua rakyat kita. “Saya berbesar hati kerana hari ini kita telah bersetuju untuk mengeluarkan Kenyataan Pemimpin ASEAN–Australia mengenai pencegahan konflik dan pengurusan krisis.

“Kenyataan penting ini mencerminkan komitmen bersama kita untuk menegakkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI