fbpx
Peguam Mohd. Safwan dan Partiben bersama tertuduh selepas membayar denda itu.

Empat lelaki rebut teman wanita didenda RM800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan empat lelaki termasuk warga emas bergaduh angkara berebut teman wanita minggu lalu sehingga tular di media sosial membawa padah apabila didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh iaitu Yap Sin Huat, 69, Che Kim Cing, 44, Gan Yan Ging dan See Yi Boon, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memberikan peringatan keras kepada semua tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan sama. “Ini kesalahan pertama tertuduh. Jangan ulang lagi. Hukuman pertama tidak diberikan penjara. Jadi, denda RM800 setiap seorang atau penjara dua bulan jika gagal bayar,” katanya.

Keempat-empat tertuduh membayar denda tersebut.

Mereka didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di tempat awam dan mengganggu ketenteraman awam di tepi jalan Bandar Setia Alam kira-kira pukul 3.30 petang, 23 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Peguam M. Partiben, Mohd. Safwan Saleh serta James Chan Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memaklumkan kesemua tertuduh telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Reman dua hari yang dikenakan ke atas mereka boleh dianggap satu pengajaran dan mohon denda minimum,” katanya. Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Khawarizmi Azfar bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan berebut teman wanita menjadi punca empat lelaki bergaduh di tepi jalan di Bandar Setia Alam, di sini sehingga tular dalam media sosial.

Dalam kejadian seorang daripadanya dikesan menggunakan kayu dalam memukul individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI