fbpx
Tangkap layar menunjukkan orang ramai mengutip bawang merah yang dibuang secara misteri semalam. - TikTok

Misteri beribu-ribu bawang merah di lereng bukit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Batam, wilayah Kepulauan Riau mengundang perhatian ramai apabila merebut beribu-ribu guni berisi bawang merah yang dibuang secara misteri di kawasan lereng bukit, lapor portal berita Lambe Turau. 

Kejadian berlaku di Tanjung Sengkuang, daerah Batu Ampar, Kepulauan Riau  semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @raisya06913 menunjukkan orang ramai termasuk kanak-kanak  mengutip bawang merah itu. 

Ada antara mereka yang meletakkan sayur itu di dalam plastik serta beg yang dibawa dari rumah. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batu Ampar, Inspektor M. Brata Ul Usna berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti asal usul bawang dan punca pelupusan itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 400,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Seronoknya. Harga bawang di tempat saya mahal,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI