fbpx
Jumlah mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,934 orang daripada 602 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Kedah kini 1,934

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,934 orang daripada 602 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, kesemua mangsa adalah daripada tujuh daerah terjejas iaitu Kulim, Baling, Pendang, Pokok Sena, Sik, Padang Terap dan Kubang Pasu.

Katanya, Kulim masih menjadi daerah yang mempunyai mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS iaitu seramai 1,294 orang. “Ia diikuti Baling seramai 291 orang, Pendang (111), Pokok Sena (102), Sik (79), Padang Terap (34) dan Kubang Pasu (23),” katanya hari ini.

Kata beliau, daerah terbaharu yang membuka PPS adalah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun pada pukul 6.18 petang semalam.

Sementara itu, lima sungai mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu; Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang; Sungai Perik di Kampung Perik (F2), Padang Terap; Sungai Pendang di Pekan Pendang dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI