fbpx
Gusmao pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Air mata PM Timor-Leste iring kemasukan dalam ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penantian selama 14 tahun Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau hari ini menjadi kenyataan apabila negara tersebut kini sah secara rasmi menjadi anggota ASEAN.

Peristiwa bersejarah itu tertulis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini selepas kesemua pemimpin negara-negara ASEAN menyempurnakan Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi siaran langung upacara tersebut yang turut ditayangkan pada Pusat Media Antarabangsa di sini, kelihatan pelbagai reaksi dizahirkan oleh Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão.Beliau pada mulanya dilihat ceria dan tersenyum semasa majlis tandatangan tersebut, seterusnya sedih, sebak dan menitis air mata menggambarkan perasaan penantian selama ini untuk menjadi blok ASEAN bukan sahaja Gusmão, malah rakyat Timor-Leste.

Selepas sesi tandatangan deklarasi itu, Gusmão dilihat menyapu air mata dengan tisu dan pemimpin yang hadir turut bersalam dan memeluk beliau.

Suasana di Pusat Media Antarabangsa yang menempatkan pengamal media dari dalam dan luar negara juga bertepuk tangan selepas majlis berkenaan.

Pengamal media dari Timor-Leste yang berada di pusat berkenaan juga bersorak dan bertepuk tangan tanda gembira penerimaan negara mereka di dalam ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN