fbpx
Asyraf ketika bertemu ibu bakal pelajar tersebut di Gerik, Perak.

Tak sempat daftar IKM, bakal pelajar meninggal dunia kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Hasrat seorang remaja dari Kampung Plang, Gerik, Perak untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara (IKM) tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, beberapa hari sebelum tarikh pendaftarannya.

Kisah pilu itu dikongsikan Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang menceritakan bagaimana beliau sendiri pernah didatangi arwah Ahyad beberapa bulan lalu untuk memohon bantuan memasuki IKM kerana minat mendalam terhadap bidang TVET.

“Beberapa bulan lepas, Ahyad bersama rakannya datang berjumpa saya selepas makan pagi di Kedai Kak Bee, depan Sekolah Menengah Datuk Seri Wan Mohamed, Gerik. Dia minta tolong sangat nak masuk IKM sebab minat dengan TVET,” katanya.

Menurut Asyraf, beliau terus menghubungi pihak IKM bagi membantu permohonan remaja berkenaan, namun takdir Allah mendahului.

“Pegawai IKM hubungi ibunya untuk maklumkan kemasukan Ahyad, tapi si ibu menjawab dengan nada sebak, ‘Ahyad dah tak ada, dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,’” ujarnya.

Katanya, beliau turut berkesempatan menziarahi keluarga arwah ketika menghadiri beberapa jemputan kenduri di sekitar Gerik.

“Moga Allah merahmati roh Allahyarham Ahyad dan memberikan ketabahan buat keluarganya. Allah lebih menyayanginya,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI