LANGKAH berani Chloe Lim Sue Lyn untuk menyertai Miss Universe Malaysia 2025 ternyata membawa tuah kepada dirinya. Meskipun tidak mempunyai pengalaman luas dalam dunia ratu cantik, rezeki ternyata menyebelahi wanita berusia 27 tahun itu apabila dia berjaya mengatasi 15 peserta lain dan dimahkotakan Miss Universe Malaysia 2025. Kepada K-Wanita, Chloe mengakui bahawa pertandingan tersebut agak sukar kerana turut disertai peserta lain yang juga cukup hebat, tetapi dia menzahirkan rasa syukur kerana rezeki menyebelahinya. Menurut Chloe, kejayaan tersebut juga telah menjadikan……














