fbpx
GAMBAR fail kapal tentera laut Pakistan, PNS Yarmook. - Foto Tangkap Layar/Kedutaan Pakistan

Kapal perang rampas bertan-tan dadah, nilai lebih RM4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD –  Kapal perang tentera laut Pakistan, PNS Yarmook merampas dadah bernilai lebih AS$972 juta (RM4.1 bilion) daripada dua kapal layar di Laut Arab, lapor portal berita CBS News semalam.

Pasukan Maritim Pelbagai Negara (CMF) yang merupakan kerjasama tentera laut pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS) berkata, PNS Yarmook  memintas dua kapal layar tradisional dikenali sebagai dhow itu dalam tempoh 48 jam, minggu lalu.

Kru PNS Yarmook merampas beberapa tan dadah jenis syabu bernilai lebih AS$960 juta (RM4 bilion) dan sejumlah kecil kokain, demikian menurut kenyataan CMF.

“Dadah itu  dibawa pulang ke kapal untuk diuji bagi mengesahkan kandungannya dan kemudian dilupuskan,” tambah kenyataan sama.

Kapal layar yang dipintas itu dikenal pasti sebagai tidak berdaftar dengan mana-mana negara dan tidak dinyatakan dari mana asalnya.

Tentera Laut Pakistan memuji rampasan itu di media sosial dengan menyiarkan klip video kapal PNS Yarmook.

“Kejayaan operasi ini menonjolkan kepentingan kerjasama pelbagai negara.

“PNS Yarmook  mencatat salah satu rampasan dadah paling berjaya bagi CMF, hasil kepakaran dan kerjasama antara angkatan laut dalam organisasi ini, ” kata Komodor Tentera Laut Diraja Arab Saudi, Fahad Aljoiad yang mengetuai pasukan petugas  operasi tersebut. 

Dalam satu hantaran di laman sosial, Pusat Perintah AS mengucapkan tahniah kepada CMS yang terdiri daripada angkatan laut 47 negara bagi mengekang penyeludupan dadah dan senjata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN