REYKJAVIK – Nyamuk kali pertama ditemukan di Iceland selepas negara berkenaan merekodkan cuaca paling panas pada musim bunga kali ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Penggemar serangga, Bjorn Hjaltason menemukan nyamuk selama beberapa malam pada minggu lalu ketika dia menggunakan tali direndam di dalam wain untuk mengumpan serangga lain, lapor media tempatan. Nyamuk itu ditemukan di Kjos, lembah glasier di barat daya ibu kota Iceland, Reykjavik. “Saya segera dapat merasakan bahawa serangga ini(nyamuk) adalah sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,” kata Hjaltason.
Hjaltason menemukan dua nyamuk betina dan seekor nyamuk jantan yang kemudian disahkan sebagai Culiseta annulata. Serangga itu merupakan salah satu daripada beberapa spesies nyamuk yang berjaya bertahan pada musim sejuk. Iceland adalah satu daripada dua lokasi bebas nyamuk di dunia sebelum penemuan itu, sebahagiannya disebabkan oleh iklimnya yang sejuk. Satu-satunya zon bebas nyamuk yang direkodkan adalah Antartika. – AGENSI