fbpx
Penemuan mayat seorang lelaki yang disumbat di dalam bagasi di Flat Ampang Jajar, Butterworth, 9 Oktober lalu.

Mayat dalam bagasi: 2 wanita antara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis menahan empat individu termasuk dua wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang disumbat dalam bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, 9 Oktober lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Butterworth dan Kampar di Perak.

“Permohonan reman ke atas semyua tangkapan akan dibuat pada 22 Oktober (hari ini) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, media melaporkan seorang ejen insurans, Lee Boon Han, 31 ditemui mati dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam bagasi dengan leher dikelar dan tangan diikat, selain kepalanya diserkup dengan plastik.

Bagasi itu ditemui pekerja pembersihan saluran ketika bertugas di kawasan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis manakala hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati dia maut akibat sesak nafas atas perbuatan kejam suspek. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI