fbpx
Gambar hiasan

Kos menunaikan haji jemaah Muassasah tahun depan kekal – TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa kos haji dan bayaran haji bagi jemaah Muassasah dikekalkan pada kadar RM33,000 untuk musim haji 1447H/2026M.

TH berkata, kos tersebut tidak meningkat bagi tiga tahun berturut-turut walaupun berdepan dengan persekitaran kos di Tanah Suci yang terus meningkat.

“Kos keseluruhan untuk menunaikan haji musim haji 1447H/2026M dikekalkan pada kadar RM33,300 untuk seorang jemaah Muassasah.

“TH turut mengumumkan bayaran haji kekal untuk semua kumpulan dan pada masa yang sama masih menanggung bantuan kewangan haji.

“Bagi golongan B40 hanya perlu membayar RM15,000 (RM18,300 bantuan, M40 RM23,500 (bantuan RM9800), manakala T20 perlu membayar penuh RM33,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, TH berkata, jumlah bayaran tersebut termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN