fbpx
Mohd. Yusoff semasa berucap pada Peluncuran Program Citra Remaja Unggul Peringkat Negeri Kelantan 2025 di SMK Ismail Petra, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Jenayah seksual di Kelantan banyak berlaku di rumah, dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebanyak 349 kertas siasatan berhubung kes jenayah seksual dibuka oleh polis Kelantan bermula Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan sebanyak 92 kes berbanding 257 kes yang direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lalu

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan, jenayah seksual melibatkan kes rogol kanak-kanak bawah umur merekodkan kes paling tinggi.

“Kes-kes jenayah seksual melibatkan cabul kehormatan, mengedar gambar lucah, liwat, mengintai dan membuat isyarat lucah.

“Kes rogol di Kelantan agak serius dan tugas untuk membendung jenayah itu bukan hanya tugas polis, sebaliknya ia juga melibatkan semua pihak,” katanya ketika berucap pada Peluncuran Program Citra Remaja Unggul Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, pihak polis sukar untuk menangani jenayah seksual kerana ia berlaku di rumah atau di dalam kereta.

“Kebanyakan kes rogol di Kelantan melibatkan suka sama suka dan selain itu ada juga kes yang berlaku di rumah sendiri. Ada juga remaja yang membawa balik lelaki ke rumah melakukan hubungan di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapa mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN