IPOH – Aktiviti pendakian di Gunung Liang, Tanjung Malim dekat sini ditutup sementara kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd. Basri Abdul Manaf berkata, arahan penutupan itu dikecualikan bagi penganjuran program-program jabatan itu sendiri seperti konservasi trek pendakian di dalam hutan simpanan kekal yang telah ditetapkan.
“Berpandukan Seksyen 47, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985, ketidakpatuhan kepada arahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
“Atau kedua-duanya denda dan penjara itu sekiranya disabit kesalahan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE