fbpx
ISAK terus berdepan masalah prestasi ketika ini sehingga gagal memberikan impak bersama Liverpool. - AFP

EPL: Isak tanggung padah akibat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Wayne Rooney menganggap penggempur termahal Liverpool, Alexander Isak sedang menanggung akibat ekoran perbuatannya sendiri sehingga gagal mempamerkan prestasi terbaik ketika ini.

Isak berdepan kontroversi perpindahan dari Newcastle United apabila mendesak kelab itu menjualnya ke Liverpool pada musim panas lalu sehingga melakukan protes tidak menyertai sesi pramusim bersama pasukan berkenaan.

Situasi itu akhirnya memakan diri apabila dia gagal memberikan impak untuk Liverpool apabila berdepan masalah kecergasan dan fokus yang terjejas sehingga membuatkannya mula berdepan kecaman peminat.

“Jika saya pengurus, saya tidak akan menurunkan Isak. Dia tidak bersedia sejak tiba dari Newcastle. Dia tidak menjalani latihan dan mengharungi aksi pramusim, sedangkan semua itu sangat penting.

“Tanpa pramusim, ia akan menjadi sukar. Dia mungkin menjalani latihan sendirian, tetapi dia terpaksa menanggung akibat ketika ini. Dari segi persembahan, dia tidak layak berada dalam kesebelasan utama berbanding (Hugo) Ekitike,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis bola sepak England, Clinton Morrison mengakui bahawa pemain pertahanan baharu Liverpool, Milos Kerkez tidak layak untuk menyarung jersi pasukan itu dengan persembahan dipamerkan.

“Ketika menentang Manchester United, ia adalah perlawanan yang saya lihat Virgil Van Dijk terpaksa bekerja keras. Ia adalah kerana dia terpaksa menampung ‘kekurangan’ Kerkez.

“Saya fikir Kerkez tidak layak menyarung jersi Liverpool dengan persembahannya ketika ini. Amad (Diallo) dan Bryan Mbeumo benar-benar membuatkan dia dalam masalah pada perlawanan itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI