fbpx
ZULKIFLI (dua dari kiri) menjawab pertanyaan wartawan selepas lawatan kerja di Maahad Attarbiah Al Islamiyah, Beseri dekat Padang Besar, hari ini.

Sekolah agama uzur jadi fokus, kerajaan salur RM200 juta naik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR — Keadaan prasarana uzur di sekolah agama rakyat menjadi antara faktor utama kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf institusi pendidikan Islam di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, peruntukan berkenaan meningkat berbanding RM150 juta yang disalurkan kepada 1,600 sekolah agama di seluruh negara pada tahun lalu.

“Pada tahun 2026, kerajaan memperuntukkan tambahan RM50 juta menjadikan keseluruhan RM200 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

“Fokus utama peruntukan ini adalah memastikan prasarana sekolah agama berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk pelajar,” katanya ketika melawat Maahad Attarbiyah Al Islamiyah di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan turut menyalurkan peruntukan RM157,800 pada tahun lalu bagi kerja-kerja penambahbaikan di madrasah berkenaan termasuk pendawaian baharu serta naik taraf beberapa bilik darjah.

“Lawatan ini bertujuan meninjau sendiri pelaksanaan kerja naik taraf yang dilaksanakan di samping mengukuhkan hubungan antara kerajaan dengan pihak sekolah serta agensi agama negeri.

“Kita mahu pastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi kesan kepada keselamatan dan keselesaan pelajar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN