fbpx
Vladimir Putin.

Malaysia masih tunggu pengesahan Putin hadir ASEAN ke-47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka memutuskan kehadiran beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Putin ada menyatakan minat untuk hadir namun ketika ini, secara rasminya hanya Timbalan Perdana Menteri Russia yang dijangka hadir.

“Beliau memberitahu saya di Beijing akan mempertimbangkannya secara serius (jemputan ke Sidang Kemuncak ASEAN), namun buat masa ini, beliau menghantar Timbalan Perdana Menteri (Russia).

“Kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita pada Forum Ilmu PNB 2025 di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan akan melawat Malaysia. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selama tiga hari bermula 26 Oktober ini.

Polis Diraja Malaysia akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara bermula 23 Oktober ini bagi membantu melancarkan aliran trafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI