fbpx
ANTARA ahli keluarga dan kenalan mendiang yang menghadiri upacara itu di Krematorium Nirvana Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Kes tikam pelajar: Mendiang Shing Xuen selamat disemadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Jasad pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya minggu lalu selamat disemadikan hari ini.

Mendiang Yap Shing Xuen,16, disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana Shah Alam, Seksyen 21 di sini, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Tinjauan mendapati suasana pilu menyelubungi krematorium itu dengan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan mendiang.

Usaha menemubual keluarga bagaimanapun gagal kerana mereka masih bersedih dengan kejadian berkenaan.

Terdahulu, upacara penghormatan terakhir diadakan di Nirvana Kuala Lumpur dengan 100 belon biru putih dilepaskan ke udara.

Ia sebagai simbolik doa dan restu perpisahan buat Shing Xuen.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI