DI sebalik kabus pagi dan ‘deruan’ embun yang menyeliputi jalur laluan berbukit di Baling, Kedah, Syarifah Balqis Syed Hamzah masih bersemangat meneruskan larian bagi acara The Magnificent Baling 100 2025 (TMB100) 2025 baru-baru ini. Biarpun tanpa latar belakang atlet profesional, namun wanita yang mesra disapa Balqis itu terus membina langkah demi langkah, sehingga mencatat prestasi cemerlang dalam arena trail running atau larian hutan. Walaupun bukan kedudukan teratas keseluruhan, dia tetap membanggakan apabila berada di kedudukan kedua dalam kategori wanita untuk……














