SEKALI pandang, anak jati Kuala Lumpur ini sama seperti gadis-gadis di luar sana, namun tiada siapa menyangka Noor Farzana Noordin, 21, sebenarnya memiliki bakat yang jarang ada pada wanita seusianya. Merupakan penuntut ijazah sarjana muda di universiti swasta, Noor Farzana yang cukup dikenali dengan jiwa bebas, kreatif dan bersemangat ini sangat berbakat bermain gitar elektrik. Kepada Kosmo! Ahad, gadis dengan nama mesra Nana yang menghiasi Pesona Ahad minggu ini berkongsi mengenai perjalanan dan pengalaman hidupnya dalam mencapai cita-cita. KOSMO! AHAD:……