fbpx
NURHAFIZAH (kanan) bersama anaknya Umar Al Mukhtar Muhammad Aliffudin ketika ditemui Zainani di kediamannya di Taman Sri Nyior, Kluang hari ini.

‘Umar dah sihat, terima kasih rakyat Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG- “Umar dah sihat, terima kasih rakyat Malaysia, anda semua adalah hero kami,” demikian luahan Nurhafizah Lokaman,31, selepas anaknya Umar Al Mukhtar Muhammad Aliffudin sudah pulih daripada penyakit Biliary Atresia yang dihadapinya sejak dilahirkan 14 bulan lalu.

Menurut Nurhafizah, proses pemindahan hati antara dirinya dengan anak kedua daripada dua adik beradik itu telah berjaya dilakukan di Hospital Renji di Shanghai, China pada 3 September hingga 2 Oktober lalu.

Katanya, pemindahan yang menggunakan 30 peratus dari hatinya itu telah membolehkan anaknya menjalani kehidupan ceria seperti kanak-kanak lain.

“Kini Umar akan menjalani pemeriksaan susulan setiap dua minggu sekali bagi memastikan keadaan dirinya tidak mengalami sebarang impak lain selepas pemindahan hati itu,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, keluarga terebut diziarahi oleh Pengurus Eksekutif Yayasan Prihatin Kluang (YPK), Zainani Jamaluddin di kediaman mereka di Taman Sri Nyior, Kluang hari ini.

Pada 22 Ogos lalu, Akhbar Kosmo! telah menyiarkan penderitaan Umar dan memerlukan kos RM158,000 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati dengan ibunya di China.

Susulan daripada pendedahan kisah itu, kutipan telah berjaya dilakukan hanya dalam tempoh sehari sebelum mereka berlepas ke negara China pada 3 September untuk proses pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI