fbpx
Hantaran di Threads memaparkan individu buta alihkan motosikal di laluan OKU.

OKU penglihatan terpaksa alih motosikal atas laluan ‘tactile’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penunggang motosikal mengundang rasa marah apabila seorang individu cacat penglihatan terpaksa mengalihkan sendiri motosikal yang diparkir di atas laluan khas ‘tactile’.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @hazwan_s, lelaki buta berkenaan dilihat berusaha mengalihkan motosikal yang menghalang laluannya.

“Mohon yang bawa motor jangan parkir atas laluan orang buta. Penat abang ni nak alihkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut kecewa dengan sikap tidak peka segelintir pengguna jalan raya terhadap kemudahan OKU.

“Yang sempurna tapi bersifat buta pancaindera. Parkir la motor elok-elok. Tahu nak cepat, tapi otak mana otak?,” komen Jaz.

“Ramai tak cakna fungsi laluan ‘tactile’. Pernah tengok penguatkuasa majlis tegur peniaga kedai sebab halang laluan tactile untuk orang buta, tapi dipertikai pula,” ujar Shafina Othman.

“Kena banyakkan bagi kesedaran pasal isu ni sebab ramai tak cakna dan ada juga yang buat-buat tak tahu pasal ni,” komen Arif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN